Penduduk sekitar Klang hadir menjalani saringan Covid-19 percuma secara bersasar di Jalan Batu Unjur 3A, Taman Bayu Perdana, Klang pada 23 Disember 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Petaling sumbang kes harian baharu tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 25 JAN: Daerah Petaling menyumbang kes baharu positif Covid-19 tertinggi hari ini dengan 645 kes.

Menurut data Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Klang pula mencatat rekod kedua tertinggi iaitu 137 kes dengan majoriti mendapat jangkitan di tempat kerja.

“Mukim Petaling mencatatkan 270 kes baharu paling banyak meliputi saringan bergejala (37), saringan kendiri (12), kontak kluster Lestari (tiga), saringan kontak rapat (185), saringan pekerja (25), saringan pekerja kluster Persiaran Kuala (satu), saringan pra penerbangan (satu), saringan pra kemasukan hospital (dua), saringan SARI (empat).

“Kes harian di daerah Hulu Langat (77), Gombak(52), Kuala Langat (38), Sepang (33), Sabak Bernam (29), Kuala Selangor (14) dan Hulu Selangor (10),” maklum JKNS menerusi Facebook.

Hari ini, Selangor merekodkan 1,035 kes baharu Covid-19 dengan 607 saringan kontak rapat, 309 saringan lapangan, 113 kes melibatkan penularan kluster dan enam kes import.

Tiga kluster baharu dikesan iaitu kluster Sri Muda, Klang; kluster Jalan Waja, Klang dan kluster Sungai Chemubong, Gombak.

Pertambahan tersebut menjadikan bilangan keseluruhan kes di negeri ini 54,932.


Pengarang :