Selangorkini
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesoia menyatakan status Gunung Semeru masih pada tahap II atau ‘Waspada pada 16 Januari 2021. Foto: Twiter BNPB Indonesia
AGENDA GLOBAL

Gunung berapi tertinggi di Pulau Jawa meletus

JAKARTA, 17 JAN: Gunung Semeru di Jawa Timur, gunung berapi tertinggi di Pulau Jawa, Indonesia meletus hari ini dengan mengeluarkan asap setinggi 4.5km.

Gunung berketinggian 3,676 meter itu meletus jam 5.24 petang waktu Indonesia Timur.

Menurut siaran media Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), gunung itu kini berstatus level II (dua) atau ‘waspada’ dan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) sedang melakukan evaluasi lebih lanjut berhubung letusan itu.

Penduduk di sekitar Desa Sumber Mujur, Desa Curah Koboan dan kawasan sekitarnya diarahkan sentiasa berjaga-jaga dan menjauhi kawasan gunung berkenaan.

Berdasarkan data PVMBG terdapat lebih 70 gunung berapi yang masih aktif di Indonesia manakala tujuh gunung berapi di Indonesia ketika ini sedang aktif meletus.

Gunung berapi yang sedang aktif meletus sejak dua tahun lepas ialah Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda, Gunung Merapi (di Jawa Tengah), Gunung Kelud (Jawa Timur), Gunung Sinabung (Sumatera Utara), Gunung Bromo (Jawa Timur), Gunung Soputan dan Gunung Lokon (di Sulawesi Utara).

– BERNAMA

 


Pengarang :