Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal menyerahkan bantuan makanan dan keperluan harian kepada ibu tiga anak yang didapati mencuri di sebuah pasar raya pada 21 Januari 2020. Foto Facebook Polis Daerah Petaling Jaya
AGENDANASIONAL

Lembaga zakat sahkan ibu curi makanan daftar asnaf sejak 2018

SHAH ALAM, 21 JAN: Ibu kepada tiga anak yang ditahan selepas mencuri ubat dan makanan untuk anak-anaknya merupakan asnaf berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak 2018.

Agensi berkata keluarga berkenaan menerima bantuan kewangan bulanan, bantuan hari raya dan keperluan sekolah.

“Namun begitu, prihatin dengan apa yang berlaku, Zakat Selangor akan melihat semula keperluan keluarga ini dan permasalahan mereka,” katanya menerusi Facebook.

Hari ini, seorang ibu dilaporkan terpaksa mencuri ubat dan makanan di sebuah pasar raya di Petaling Jaya ekoran salah seorang anaknya demam.

Prihatin dengan masalah yang dihadapi wanita berkenaan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal menyerahkan sumbangan barangan yang gagal dibeli wanita itu untuk anak-anaknya semalam.

Nik Ezanee juga berkata berkata wanita itu diberi nasihat supaya tidak mengulangi perbuatannya dan kes itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).


Pengarang :