LZS menyerahkan bantuan kepada keluarga Mohd Sidek, bekas imam di Tanjong Karang yang kini terlantar sakit saraf dan kencing manis. Foto Facebook LZS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS bantu mantan imam terlantar sakit saraf

SHAH ALAM, 24 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini menyerahkan lampin pakai buang, susu dan bekalan ubat kepada bekas imam Masjid Munawwarah Blok S di Tanjong Karang.

Melalui kenyataan di Facebook, agensi itu turut menyerahkan katil baharu kepada Mohd Sidek, 74, yang terlantar sejak setahun lalu akibat sakit saraf dan kencing manis.

“Beliau berkhidmat sebagai imam dua di masjid tersebut sejak 10 tahun lalu dan kini dijaga oleh anak serta menantunya,” tulis LZS.

Agensi itu turut berterima kasih kepada pembayar zakat negeri ini bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada golongan memerlukan.

Bayaran zakat boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://fpx.zakatselangor.com.my.


Pengarang :