Orang awam dilihat mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam ketika tinjauan di Jalan Besar, Klang pada 10 Oktober 2020. Foto BERNAMA
EXCOSELANGOR

Masyarakat digesa biasakan hidup norma baharu

SHAH ALAM, 14 JAN: Masyarakat digesa membiasakan diri dengan norma baharu biarpun selepas pandemik berakhir.

Rodziah Ismail berkata tindakan itu mungkin sukar namun jika diamalkan secara disiplin ia akan menjadi biasa.

“Kita perlu cari kaedah walaupun duduk di rumah masih boleh melakukan aktiviti seperti biasa dan tetap dapat berhubung atau berurusan dengan pihak luar,” kata EXCO Kerajaan Negeri.

Beliau turut mengingatkan slogan “kita jaga kita” juga bermakna masyarakat perlu membantu satu sama lain.

“Kita perlu melihat keadaan sekeliling seperti kejiranan sekiranya ada yang terjejas pendapatan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita perlu berusaha membantu mereka,” tambahnya.

Isnin lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP meliputi tiga peringkat untuk tempoh 14 hari bermula 13 Januari.

PKP dikuat kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.


Pengarang :