Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan barangan keperluan asas kepada penduduk ketika Program ayam subsidi PKPS Prihatin di Pusat Khidmat Rakyat DUN Gombak Setia, Batu Caves pada 24 Januari 2021. Foto RADIN WAZIR/SELANGORKINI
SELANGOR

PdPR: DUN sedia bantu pelajar perlukan gajet – MB

GOMBAK, 24 JAN: Pusat khidmat dan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia membantu pelajar yang memerlukan gajet bagi menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Dato’ Menteri Besar berkata setiap DUN mempunyai peruntukan dan ia boleh digunakan untuk tujuan membantu rakyat.

“Untuk Gombak (Parlimen), sudah ada 100 permohonan. Setakat ini permohonan gajet agak popular memandangkan ia penting untuk sesi PdPR,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas melihat proses agihan ayam di Dewan Terbuka Batu Caves hari ini.

Ketika ini, semua pelajar menjalani PdPR berikutan sekolah ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari lalu bagi mengekang penularan kes Covid-19.

Bagaimanapun kaedah pembelajaran dalam talian itu dilihat kurang memuaskan atas beberapa faktor antaranya capaian internet lemah serta pemilikan gajet.


Pengarang :