Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas sesi perbahasan sidang Dewan Negeri Selangor pada 3 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor mahu beli vaksin Covid-19 untuk penduduk, pekerja asing

SABAK BERNAM, 11 JAN: Kerajaan Negeri bercadang untuk membeli antara tiga hingga lima juta dos vaksin bagi membendung penularan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata perancangan itu dibuat untuk keperluan penduduk tempatan selain pekerja asing berikutan ada banyak sektor perindustrian di negeri ini.

“Kita tahu di (peringkat) persekutuan sudah beli dan kita mungkin perlu beli lagi sebab keperluan lebih.

“Sekarang untuk orang tempatan. Pekerja asing perlu beli tapi ini perlu bincang dengan persekutuan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika melakukan lawatan kerja sekitar Sabak Bernam hari ini.

Beliau menjelaskan perkara tersebut akan dibincang lebih lanjut dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu.

“Usaha (dibuat) sejak minggu lalu, namun akan dimuktamadkan apabila selesai perbincangan kerana ia membabitkan komunikasi pelbagai pihak.

“Segala kos juga akan dibincang kerana memerlukan peruntukan yang tinggi selain melihat keperluan tahunan demi kesihatan rakyat dan industri,” katanya.


Pengarang :