Tangkap layar kejadian tanah mendap berhampiran kawasan perlombongan mukim Hulu Tinggi, Kuala Selangor pada 16 Januari 2021.
SELANGOR

Tanah mendap dekat tapak lombong Kuala Selangor, tiada kemalangan jiwa

SHAH ALAM, 16 JAN: Insiden tanah mendap dilaporkan berlaku berdekatan kawasan perlombongan mukim Hulu Tinggi, Kuala Selangor pada jam 6.45 petang tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Korporat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) berkata tanah berkenaan menggelongsor masuk ke tapak operasi lombong.

“Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Namun tapak operasi telahpun ditutup dan semua aktiviti operasi dan penjualan dihentikan.

“Pasukan tindakan kecemasan kami sedang bekerjasama dengan bomba dan polis untuk memantau keadaan tapak operasi,” kata Suhaimi Khalidi dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya sedang mengenal pasti kerosakan dan kerugian lain di kawasan tapak dan lokasi berhampiran.

Menurutnya, pasukan khas juga ditubuhkan dan kini sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi menyiasat punca kejadian.

“Keselamatan tetap menjadi keutamaan KSSB dan kami ingin meyakinkan pihak awam bahawa keadaan terkawal dan tidak terdapat risiko kesihatan dan alam sekitar setakat ini,” katanya.


Pengarang :