Wakil Pejabat Adun Bukit Melawati Encik Ali dan Puan Wani menjalankan amanah YB Juwairiya Zulkifli dengan menyampaikan sumbangan kepada penduduk. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli
ADNBERITA UTAMASELANGOR

ADN Bukit Melawati bantu golongan memerlukan

SHAH ALAM, 14 FEB: Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati menghulurkan bantuan kepada beberapa penduduk melalui program Ziarah Kasih semalam.

Wakil rakyat terbabit, Juwairiya Zulkifli berkata pihaknya menyumbang kerusi roda kepada dua keluarga memerlukan di Taman Kuala Selangor Utama dan Tanjong Keramat.

“Dalam program sama, seorang wanita enam anak yang mengalami masalah kewangan turut dibantu. Kita beri keluarga itu susu tepung kanak-kanak serta barangan keperluan dapur.

“Satu generator turut disumbangkan ke Kuil Sri Madurai Veeran Alayam bagi urusan rumah ibadat itu,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau berharap bantuan berkenaan dapat meringankan beban penerima dan memudahkan urusan harian mereka.


Pengarang :