Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 6 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kes sembuh melebihi jangkitan baharu, 17 kematian

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Sebanyak 3,318 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes sebanyak 258,306.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasmi beliau hari ini berkata 3,311 kes adalah penularan tempatan melibatkan 1,673 warga tempatan dan 1,638 bukan warga negara manakala tujuh kes lagi merupakan kes import membabitkan tiga warga tempatan dan empat warga asing.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini berjumlah 51,579 kes manakala dalam tempoh sama 17 kes kematian melibatkan warga tempatan dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di negara ini direkodkan sebanyak 953 kes,” katanya.

Beliau berkata terdapat 3,505 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 di Malaysia adalah 205,774 kes.

Dr Noor Hisham berkata 258 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 119 kes memerlukan bantuan pernafasan.

– BERNAMA


Pengarang :