Antara ruang untuk pesakit yang disediakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di MAEPS pada 3 April 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Lebih banyak pusat urus pesakit Covid-19 dibuka pada hujung minggu

SHAH ALAM, 2 FEB: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengemas kini waktu operasi beberapa pusat penilaian Covid-19 (CAC) untuk rujukan pesakit.

Perubahan pada hujung minggu dan cuti umum melibatkan hampir semua pejabat kesihatan daerah (PKD) kecuali Sabak Bernam, maklum agensi itu di Facebook hari ini.

“Sekiranya anda pesakit positif Covid-19 yang menjalani rawatan di rumah dan mengalami sebarang gejala, sila hubungi nombor CAC. Pasukan Penilaian Rumah akan membantu anda.

“Sekiranya gejala anda bertambah teruk, sila hubungi 999 atau ke hospital terdekat dengan kenderaan sendiri,” tulis jabatan itu.

Selangor memiliki 19 pusat penilaian yang akan menentukan tahap kesihatan pesakit seterusnya mengenal pasti mereka yang sesuai untuk kekal di rumah menggunakan Set Penilaian di Rumah (HAT).

Pesakit akan dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) atau hospital jika dikategori tahap satu dan dua yang tidak sesuai lagi ditempatkan di rumah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Sabtu memaklumkan bersedia menambah CAC di tiga daerah berisiko tinggi bagi memantau pesakit yang dijangkiti virus berkenaan.

Berikut senarai pusat penilaian yang dikemas kini:

Foto Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

 


Pengarang :