Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap dalam wawancara Agenda Awani membincangkan Strategi Selangor Perangi Lonjakan Kes Covid-19 pada 1 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Beri kuasa kepada negeri tutup kilang pencetus kluster

SHAH ALAM, 1 FEB: Majlis Keselamatan Negara (MKN) dicadang memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri menutup atau mengepung kilang yang menjadi punca perebakan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata beberapa kes penularan serta kluster melibatkan pekerja kilang gagal diatasi segera kerana negeri mempunyai kuasa terhad untuk bertindak.

“Kita ada pengalaman untuk cegah wabak tempat kerja merebak, contohnya langkah isolasi terhadap 247 pekerja warga asing di bahagian kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hujung tahun lepas.

“Sekiranya sedikit tambahan kuasa diberi kepada negeri, usaha mencegah perebakan wabak lebih tersusun dan pantas,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi program Agenda Awani bertajuk ‘Strategi Selangor Perangi Lonjakan Kes Covid-19’ malam ini.

Pada 26 November tahun lepas, Amirudin berkata Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan operasi kilang Top Glove Corporation Bhd yang dikaitkan dengan kluster Teratai.

Beliau berkata arahan penutupan operasi di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.


Pengarang :