Borhan Aman Shah (dua, kanan) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk B40 ketika program Jelajah Rentak Selangor di Kampung Sungai Lang, Kuala Langat pada 20 Februari 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Sasar 2,000 bantuan makanan, ringan beban penduduk terjejas

KUALA LANGAT, 21 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat menyasarkan 2,000 bakul makanan akan diagihkan kepada penduduk yang terjejas ekoran Covid-19.

Wakil rakyatnya berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan RM100,000 kepada seluruh DUN untuk membantu golongan kategori berpendapatan rendah (B40).

“Bantuan ini diberi kepada ketua kampung atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mereka serahkan kepada penduduk di kawasan masing-masing.

“Sebanyak 500 sumbangan telah dibuat dan akan terus diagih secara berperingkat,” kata Borhan Aman Shah.

Beliau berkata ketika ditemui selepas program Jelajah Rentak Selangor Siri Satu yang menampilkan demonstrasi seni muzik cempuling di Kampung Sungai Lang Tengah di sini semalam.


Pengarang :