Selangorkini
Pengusaha tanaman, Azimi Omar, 50 mengangkat baja ke atas lori selepas menerima bantuan baja kompos kepada petani di Sungai Burong, Tanjong Karang pada 6 Disember 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PENDAPAT RENCANA

Lebih 3,000 petani terima manfaat RM2 juta

Seramai 3,160 penternak, petani dan nelayan mendapat manfaat Pakej Kita Selangor melalui lima program Bantuan Warga Tani.

Dalam laporan kemajuan 20 inisiatif pakej tersebut, Unit Perancangan Ekonomi Negeri memaklumkan semua manfaat dirancang melalui peruntukan RM2 juta iaitu:

– Baja kompos (tinja ayam) kepada 910 penerima
– Makanan ternakan ruminan dan bukan ruminan kepada 250 penerima
– Makanan ternakan akuakultur kepada 150 pengusaha
– Baucar petrol kepada 1,350 nelayan
– Bahan mentah untuk pengeluaran hasil siap kepada 500 pengusaha industri asas tani

Pengagihan baja kompos membabitkan kos RM455,000 dijadual pada minggu ke-
tiga Februari.

Bagi makanan ternakan termasuk akuakultur, Jabatan Perikanan Selangor dan Jabatan Perkhidmatan Vetrerinar ne-geri telah menyerahkan senarai penerima.

Proses sebut harga sedang dibuat bagi mendapatkan bekalan membabitkan kos RM400,000.
Baucar petrol pula akan diagih Jabatan Perikanan Selangor dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebelum akhir Februari melalui peruntukan RM405,000.

Pengagihan bahan mentah bernilai RM250,000 pula akan dibuat Fama Selangor sekitar minggu depan secara berperingkat.


Pengarang :