Bangunan Majlis Bandaraya Subang Jaya pada 20 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tiada kes aktif Covid-19 babit kakitangan MBSJ

SHAH ALAM, 24 FEB: Tiada kes aktif Covid-19 yang dirawat membabitkan kakitangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Datuk Bandar Noraini Roslan berkata sebanyak 21 kes positif direkodkan dalam kalangan staf pihak berkuasa tempatan (PBT) itu setakat ini.

“Kes pertama dilaporkan pada 27 Oktober tahun lalu manakala kes terakhir 9 Februari,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penuh MBSJ bil.2/2021 secara maya hari ini.

Beliau mengingatkan semua kakitangan dan masyarakat di bawah pentadbirannya sentiasa mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan bagi mengelak jangkitan wabak.

Sebelum ini, MBSJ mengadakan saringan percuma terhadap 98 petugas barisan hadapan terdiri daripada anggota penguat kuasa dan pasukan tindakan segera (Pantas).

Inisiatif dengan kerjasama I-Medik, Yayasan Ikhlas dan Pertubuhan Bangun Bersama sebagai menghargai komitmen mereka dalam menjalankan tugas selain berisiko dijangkiti wabak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.


Pengarang :