Petugas Kesihatan Selcare melakukan analisis sampel ketika Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Melati, Shah Alam pada 20 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19 catat 1,063 kes baharu, terendah tahun ini

SHAH ALAM, 16 MAC: Sebanyak 1,063 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, yang juga terendah untuk tahun ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hanya tiga negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Selangor membabitkan 323 kes, Sarawak (183) dan Pulau Pinang (175).

Negeri lain iaitu Johor mencatat 91 kes, Kuala Lumpur (86), Kelantan (67), Sabah (38), Kedah (32), Perak (24), Terengganu (23) dan Negeri Sembilan (17).

“Manakala Pahang mencatatkan dua kes, masing-masing satu kes di Labuan dan Melaka manakala tiada kes dilaporkan di Putrajaya dan Perlis,” tulisnya di Twitter.

Kes tertinggi dilaporkan pada 30 Januari lalu membabitkan 5,729 kes.


Pengarang :