Borhan Aman Shah ketika ditemu bual media selepas Program Kita ke Kampung Edisi Khas Kraf di Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat pada 6 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Tanjung Sepat sumbang RM12,000 kepada masjid, surau

SHAH ALAM, 22 MAC: Sebanyak 12 masjid dan surau yang mendapat kebenaran solat Jumaat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat menerima sumbangan berjumlah RM12,000.

Ahli Dewan Negerinya berkata bantuan itu bertujuan membantu pengurusan rumah ibadat menambah tabungan yang kian berkurangan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Diharap sumbangan itu meringankan beban mereka selain dapat membantu menjelaskan bil utiliti.

“Kesemua masjid dan surau masing-masing terima RM1,000 serta cara agihan kita telah berikan terus secara berperingkat,” kata Borhan Aman Shah ketika dihubungi SelangorKini

Masjid terpilih ialah Masjid Kampung Sungai Kelambu, Masjid Al-Ehsan Kampung Sungai Lang Tengah, Masjid Ar-Rohmaniah Kampung Sungai Lang Baru, Masjid At-Toyyibin Kampung Endah dan Majis Innayatur Rahman Kampung Batu Laut.

Turut menerima sumbangan ialah Masjid Jamiul Muhsinin Kampung Kundang, Masjid Al Makmur Kampung Tanjung Sepat, Masjid Al Ehsan Kampung Tumbuk Darat, Masjid Al Ulum Kampung Bukit Bangkong dan Masjid Ar-Raudhah Kampung Hulu Teris.

Manakala, dua surau pula adalah Surau An Nur Kampung Ladang dan Surau Baitul Rohman.


Pengarang :