Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 catat bawah 1,200

SHAH ALAM, 22 MAC: Bilangan kes sembuh Covid-19 terus mengatasi kes positif baharu apabila 1,495 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 318,714 kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu Covid-19 turun sedikit apabila 1,116 kes direkodkan hari ini berbanding 1,327 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 334,156 kes.

Katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,134 kes.

“Sebanyak lima kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 1,238,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat 156 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 60 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 403 kes diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 158 kes dan Sarawak sebanyak 124 kes.


Pengarang :