Penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memasang penghadang di tapak pembuangan sampah haram di Gombak pada 26 Mac 2021. Foto Facebook MPS
PBTSELANGOR

MPS bina penghadang elak pembuangan sampah haram

SHAH ALAM, 27 MAC: Majlis Perbandaran Selayang melaksanakan kerja pembersihan dan pembinaan penghadang di dua tapak pembuangan sampah haram di Gombak semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata tindakan bagi mengelak aktiviti itu dijalankan di Jalan TIB 3/3, Taman Industri Boltan dan di Jalan SBC 8, Taman Sri Batu Caves.

Longgokan sampah yang dikesan MPS di Gombak pada 26 Mac 2021. Foto Facebook MPS

“Di lokasi kedua, MPS memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menemui rakaman aktiviti pembuangan sampah haram di kawasan tersebut dan tindakan akan dikenakan kepada pihak yang terlibat.

“Orang ramai juga diminta melaporkan sebarang aktiviti pembuangan sampah haram di kawasan masing-masing,” katanya di Facebook.

MPS menambah pihaknya terus melakukan pemantauan dan mengambil tegas kepada pihak yang terlibat dengan aktiviti tersebut.


Pengarang :