Datin Seri Masdiana Muhamad, berucap ketika majlis penyerahan sumbangan barang keperluan wanita dan keperluan asas Rumah Sinar Kasih di Bukit Beruntung, Rawang pada 10 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pekawanis agih bantuan sekolah kepada 2,000 keluarga susah

HULU SELANGOR, 11 MAC: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) membelanjakan RM170,000 melalui program Kembali ke Sekolah tahun ini.

Yang dipertuanya berkata agihan kepada 2,000 peserta kurang berkemampuan dari 34 Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan pemberian wang tunai dan bayaran yuran.

“Mengikut perancangan kita mahu membiayai yuran persekolahan namun terganggu susulan Perintah Kawalan Pergerakan, justeru sekarang kita beri pilihan mengikut keperluan,” kata Datin Seri Masdiana Muhamad di sini semalam.

Beliau yang ditemui selepas menyerahkan sumbangan kepada penghuni Rumah Sinar Kasih (Pengasih Selangor) menambah bantuan sempena Tahun Baharu Cina berjumlah RM140,000 juga selesai diagihkan.

Pekawanis giat menganjurkan pelbagai program antaranya penyerahan alatan pembelajaran kepada taska anak petugas hadapan Selangor sekitar November tahun lalu dan tadabbur al-Quran.

Pertubuhan itu turut menambah baik organisasi dengan mewujudkan lima biro bagi menggalakkan penglibatan ahli membabitkan perayaan dan kebudayaan, kesihatan dan kelestarian alam sekitar, pendidikan dan kerohanian, sukan dan rekreasi serta media.


Pengarang :