AGENSISELANGOR

Bazar Ramadan dikawal ketat, elak kluster baharu

SHAH ALAM, 12 APRIL: Operasi bazar Ramadan di seluruh negeri dikawal ketat bagi mencegah penularan Covid-19 dan kewujudan kluster baharu.

Dato’ Menteri Besar berkata bilangan peniaga juga dikurangkan kepada 11,000 berbanding 14,000 orang pada 2019 mengikut amalan norma baharu.

“Kekurangan (peniaga) disebabkan amalan norma baharu dari segi penjarakan fizikal antara gerai selain tidak mahu pengunjung bersesak.

“Laluan keluar masuk juga dikawal ketat bagi mengurangkan sentuhan pengunjung dan peniaga,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas melancarkan Program Geran Padanan Digitalisasi Perbadanan Kecil Sederhana (PKS) di sini.

Pada 2 April, Amirudin mengarahkan pihak berkuasa tempatan memantau kepatuhan tatacara operasi piawai (SOP) bazar Ramadan bagi mengelak kewujudan ‘kluster bazar’.

Kerajaan membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara tahun ini selepas mendapat pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pengarang :