ADN Sungai Ramal Mazwan Johar pada Majlis Pelancaran Pasar Mesra Rakyat di tapak futsal lama sebelah PKNS pada 27 Mac 2021. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg. Ramal – YB Mazwan Johar
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Sungai Ramal buka kaunter bantu orang ramai daftar vaksin

SHAH ALAM, 18 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal membuka kaunter pendaftaran vaksin Covid-19 bagi mengalakkan orang ramai mendaftar selain mendapat pendedahan mengenai wabak.

Wakil rakyatnya Mazwan Johar berkata kaunter berkenaan dibuka sejak bulan lalu di lokasi tumpuan ramai seperti pasar dan masjid.

“Pada mulanya kita dapati ramai yang tidak tahu cara mendaftar jadi saya dengan kerjasama Ahli Parlimen Bangi Dr Ong Kian Ming, kami buka kaunter untuk memudahkan orang ramai mendaftar.

“Ada kalangan mereka tidak mempunyai telefon, jika ada pun telefon jenis lama jadi kita bantu daftar secara manual dengan harapan kita dapat meningkatkan lebih ramai mendaftar vaksin,” katanya kepada SelangorKini.

Mazwan berkata beliau berharap orang awam yang belum mendaftar untuk segera berbuat demikian demi manfaat semua pada masa hadapan.

“Kita perlu berlumba-lumba memulihkan diri supaya kita dapat kembali berurusan seperti sedia kala dengan dunia luar, lagi lambat kita sesuaikan diri maka lagi lambat pembangunan negara kita.

“Kita perlu patuhi piawaian antarabangsa yang mensyaratkan individu itu dikira selamat adalah dengan vaksin,” katanya.


Pengarang :