Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Platform Beli-Belah Atas Talian Bazaarlokal dan Majlis Perasmian Festival Ramadan Selangor 2021 (FESTIRA’21) di SACC Mall, Shah Alam pada 2 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PBT pantau pematuhan SOP bazar Ramadan, elak kluster baharu

SHAH ALAM, 2 APRIL: Pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini diarah memantau kepatuhan tatacara operasi piawai (SOP) di bazar Ramadan bagi mengelakkan wujudnya ‘kluster bazar’.

Dato’ Menteri Besar berkata petugas majlis harus memastikan semua pengunjung dan peniaga mengikut ketetapan serta tiada sebarang pelanggaran berlaku.

“Keputusan dibuat dalam Majlis Mesyuarat Keselamatan Negeri semalam. Saya arahkan pegawai daerah gerakkan anggota PBT untuk periksa kepatuhan orang awam.

“Kita tidak mahu timbul kluster yang mungkin menyebabkan perebakan atau gelombang baharu. Sekarang kes gelombang ketiga semakin melandai,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Terdahulu belia merasmikan Majlis Pelancaran BazaarLokal.com dan Festival Ramadan Selangor di SACC Mall hari ini.

Mac lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negara tahun ini.

Menurutnya keputusan dibuat selepas mengadakan perbicangan serta mendapat pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pengarang :