Putera Philip, Duke of Edinburgh, menghadiri majlis amal Action on Hearing Loss di Istana Buckingham, London pada 10 Jun 2011. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Putera Philip meninggal dunia pada usia 99 tahun

ANKARA, 9 APRIL: Putera Philip meninggal dunia di Istana Windsor pada usia 99 tahun, lapor Agensi Anadolu, memetik Istana Buckingham pada Jumaat.

“Dengan penuh dukacita, Ratu Elizabeth II mengumumkan kematian suaminya yang tercinta,” tulis istana di Twitter.

Putera Philip bersara daripada urusan rasmi pada 2017 selepas dimasukkan ke hospital selama dua malam kerana jangkitan.

Sepanjang pandemik Covid-19, baginda ada membuat beberapa penampilan di khalayak umum.

-BERNAMA


Pengarang :