Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI, Ahmad Azri Zainal Nor mengagihkan juadah berbuka puasa kepada orang ramai secara pandu lalu di UiTM Shah Alam pada 20 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Santuni rakyat, MBI edar juadah berbuka puasa

SHAH ALAM, 20 APRIL: Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) memperuntuk sejumlah RM300,000  agihan juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), Ahmad Azri Zainal Nor berkata sebanyak 1,000 pek makanan diedar setiap hari kepada agensi kerajaan sekitar Shah Alam.

“Program CSR ini sebahagian inisiatif Ihya’ Ramadhan anjuran MBI untuk menyantuni rakyat Selangor di bulan mulia ini. Pada masa sama kita mahu menceriakan hati mereka,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata demikian selepas mengedar 500 pek juadah berbuka puasa nasi tomato dan ayam masak madu secara pandu lalu di Universiti Teknologi Mara di sini hari ini.

Edaran sama itu telah dilakukan di Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Agama Islam Selangor, Yayasan Islam Darul Ehsan, Lembaga Zakat Selangor, Universiti Selangor dan Management and Science University.

Turut menerima agihan itu adalah Politeknik Shah Alam, Balai Bomba Shah Alam, Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Karangkraf Seksyen 15, Proton dan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

PPR Lembah Subang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, DUN Kota Anggerik, Pejabat Parlimen Shah Alam dan PPR Kampung Baru Hicom Seksyen 26 juga menerima pek makanan berbuka puasa.


Pengarang :