Orang ramai beratur menunggu giliran untuk menyertai Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Laman Sukan USJ 1, Subang Jaya pada 23 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Covid-19: Selangor rekod kes tertinggi 2,642, Petaling lepasi 1,000 kes

SHAH ALAM, 25 MEI: Selangor merekodkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi dengan 2,642 kes hari ini, seminggu selepas mencatat angka tertinggi iaitu 2,252 kes pada 19 Mei.

Berdasarkan angka dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Selangor melalui Facebook, daerah Petaling pertama kali merekodkan kes empat angka iaitu 1,036 kes sejak pandemik menular.

Manakala lima lagi daerah mencatat kes tiga angka iaitu Hulu Langat (578) diikuti Gombak (278), Klang (275), Kuala Selangor (144) dan Sepang (142).

Daerah lain yang merekodkan bilangan bawah 100 kes ialah Kuala Langat (94), Hulu Selangor (60) dan Sabak Bernam (35).

Daripada keseluruhan kes dilaporkan, sebanyak 2,625 kes membabitkan jangkitan dalam komuniti manakala selebihnya jangkitan dalam penjara.


Pengarang :