Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad AI-Bakri di Sepang pada 2 September 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Menteri agama, ustaz popular kena kompaun langgar SOP

SHAH ALAM, 27 MEI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dikompaun RM2,000 kerana melanggar tatacara operasi piawai (SOP) dalam majlis tahnik anak kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin bulan lalu.

Ketua Polis Selangor Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata selain Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari yang turut hadir ke majlis itu dikompaun kadar sama.

Tindakan dibuat atas arahan Timbalan Pendakwa Raya selepas meneliti kertas siasatan berhubung majlis diadakan di Ampang itu.

“Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 setiap seorang selain tiga anak Khalid dikompaun RM2,000,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Sebelum ini beberapa gambar berkaitan majlis mengundang pelbagai reaksi warga maya termasuk komen negatif mendakwa berlaku aktiviti rentas negeri oleh tetamu yang hadir.

Bagaimanapun Siti Nurhaliza dan Khalid memohon maaf sekiranya menyentuh sensitiviti seluruh masyarakat namun menafikan majlis berkenaan melanggar SOP.


Pengarang :