Petugas Kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian calitan ke dalam bekas ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Komuniti MBPJ, Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 19 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

4,611 kes baharu Covid-19, Selangor 1,346

SHAH ALAM, 21 JUN: Sebanyak 4,611 kes baharu Covid-19 dicatat dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 701,019 kes, maklum ketua pengarah kesihatan.

Berdasarkan data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, Selangor rekod 1,346 kes diikuti  Sarawak (682), Perak (453), dan Negeri Sembilan (437).

Berikut pecahan kes mengikut negeri:

Johor – 314
Kuala Lumpur – 310
Kelantan – 219
Melaka – 205
Kedah – 182
Sabah – 166
Labuan – 130
Pulau Pinang – 84
Pahang – 50
Terengganu – 18
Putrajaya – 15
Perlis – 0


Pengarang :