Petugas Kesihatan Selcare membuat ujian calitan ke atas peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Laman Sukan USJ 1, Subang Jaya pada 23 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 naik 600 lagi, catat 7,703 kes

SHAH ALAM, 2 JUN: Jumlah jangkitan harian Covid-19 naik 600 kes lagi kepada 7,703 kes berbanding semalam.

Angka tersebut dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook.

Selain Selangor dengan 2,728 kes, kebanyakan negeri masih merekodkan kes tiga angka seperti Kuala Lumpur 701 kes, Sarawak (588), Negeri Sembilan (586) dan Johor (554).

Negeri lain seperti Kelantan mencatatkan 541 kes, Pulau Pinang (407),  Kedah (283), Pahang (237) dan masing-masing 224 kes di Terengganu dan Perak.

Sementara Melaka merekodkan 209 kes, Labuan (159), Perlis (tujuh) dan Putrajaya (satu).

Rekod KKM turut menunjukkan sebanyak 5,777 kes sembuh dicatatkan dengan keseluruhan kes pulih mencecah 501,898.

Angka kematian pula bertambah 126 kes, rekod tertinggi sejak pandemik menular.

Setakat ini, sebanyak 878 kes dirawat di unit rawatan rapi dengan 441 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.


Pengarang :