Kelihatan seorang pekerja kilang menjalankan operasi lebih daripada masa ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, Foto Facebook Polis Daerah Petaling Jaya
SELANGOR

Kilang plastik operasi lebih masa, sembilan individu dikompaun

SHAH ALAM, 2 JUN: Sebuah kilang pembuatan plastik di Taman Medan, Petaling Jaya dikenakan kompaun RM10,000 kerana beroperasi lebih masa semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata pemeriksaan pada jam 10.45 malam di kilang berkenaan dilakukan selepas didapati melanggar tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Satu kompaun RM10,000 dikeluarkan terhadap seorang wanita berusia 41 tahun yang juga penyelia kilang berkenaan.

“Tujuh wanita dan seorang lelaki yang juga pekerja dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang,” kata Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam kenyataan hari ini.

Tindakan itu dikenakan mengikut Peraturan 17 (2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.


Pengarang :