Mohd Rashidi Ruslan (kiri) menyerahkan kit pembasmi kuman kepada salah seorang peniaga Pasar Moden Seksyen 6, Shah Alam pada 1 Jun 2021. Foto ihsan MBSA
PBTSELANGOR

Selesai dinyahkuman, MBSA buka semula pasar Seksyen 6

SHAH ALAM, 1 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini membuka semula Pasar Moden Seksyen 6 di sini, yang ditutup selama empat hari bagi kerja nyahkuman.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata anggota Rela dan alat penyukat suhu turut ditempatkan di situ selain bilangan pengunjung dihadkan pada satu-satu masa.

“Peniaga dan pengunjung perlu mematuhi syarat ditetapkan MBSA selaras arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Kenyataan itu turut menyebut pemangku Datuk Bandar Mohd Rashidi Ruslan bersama wakil rakyat Kota Anggerik Najwan Halimi menyantuni pengunjung dan mengedarkan kit pembasmi kuman.

“MBSA berharap orang ramai cakna terhadap langkah pencegahan dan penularan jangkitan Covid-19 demi kesejahteraan dan kemaslahatan warga Shah Alam,” kata Shahrin.


Pengarang :