Mohd Zawawi Ahmad Mughni berucap ketika program Doa Buat Selangor yang diadakan secara maya pada 10 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Umat Islam diseru sertai bacaan zikir Ratib Al-Haddad, mohon dijauhi Covid-19

SHAH ALAM, 14 JUN: Umat Islam negeri ini diseru menyertai bacaan zikir Ratib Al-Haddad malam ini bagi memohon perlindungan daripada ancaman Covid-19.

Melalui poster dikongsikan EXCO hal ehwal agama Islam, hari terakhir program melalui Selangor Berzikir itu digalakkan dibuat di kediaman masing-masing mulai jam 9.05 malam.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni memaklumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari diundang sebagai tetamu khas.

Program turut menampilkan Pengerusi Majlis Ta’lim Darul Murtadza Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Bacaan zikir Ratib Al-Haddad dianjurkan selama dua minggu sejak 1 Jun lalu sebagai usaha menggalakkan rakyat untuk memohon doa perlindungan supaya dijauhi daripada wabak.

Zikir tersebut boleh ditonton secara langsung di Facebook Zawawi Mughni.

 


Pengarang :