Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi menyampaikan bantuan makanan asas kepada pemandu van sekolah. Foto Ihsan Facebook Mohd Najwan Halimi
ADNSELANGOR

20 pemandu van sekolah terjejas pendapatan terima bantuan makanan

SHAH ALAM, 21 JULAI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik hari ini menyampaikan bantuan makanan asas kepada 20 pemandu van sekolah yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan kepada pemandu van di daerah ini disampaikan secara pandu lalu di Seksyen 2.

“Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan serba sedikit bebanan mereka,” kata Mohd Najwan Halimi menerusi Facebook.

Pada 28 Mei, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun.

Namun, PKP 3.0 yang dijadualkan tamat pada 14 Jun bersambung selama dua minggu lagi, berkuat kuasa 15 hingga 28 Jun susulan jumlah kes baharu harian yang masih tinggi iaitu melebihi 5,000 kes sehari.


Pengarang :