Khuzaimah Jamaluddin memberi penerangan kepada pelajar ketika Majlis Perasmian Program Jelajah Squad Kembara Sekolah Tourism Selangor di SMK Methodist, Klang pada 31 Oktober 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO mahu Tourism Selangor terus peka kehendak industri

SHAH ALAM, 15 JULAI: Tourism Selangor menjadi tulang belakang kepada industri pelancongan negeri ini sejak 20 tahun lalu, kata EXCO pelancongan.

Justeru, Hee Loy Sian mahu badan induk pelancongan negeri itu terus peka dengan kehendak industri dari semasa ke semasa.

“Selama dua dekad, Tourism Selangor terus menjadi sandaran Kerajaan Negeri serta dipertanggungjawabkan dalam memacu industri pelancongan,” katanya.

Loy Sian berkata demikian sempena sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan Tourism Selangor dalam sesi ‘Tourism Selangor’s Live Talk-Episod 2’ secara maya semalam.

Sementara itu, pengurus besar agensi tersebut berterima kasih kepada semua pihak atas sokongan mempromosi pelancongan negeri sepanjang tempoh berkenaan.

“Tidak lupa kepada media kerana sentiasa membantu inisiatif promosi pelancongan termasuk agensi kerajaan dan swasta yang tidak putus menzahirkan sokongan kepada program serta acara.

“Seterusnya orang awam yang sentiasa menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan utama mereka,” kata Azrul Shah Mohamad.

Beliau yang mengemudi Tourism Selangor sejak awal Januari tahun lalu berkata pelbagai rintangan diharungi setiap pihak yang berkhidmat dengan agensi terbabit.

“Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk sampai ke tanda aras ini, 20 tahun bukan tempoh singkat,” katanya lagi.


Pengarang :