Selangorkini
Petugas kesihatan menguruskan jenazah yang meninggal akibat wabak Covid-19 ketika tinjauan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam pada 9 Jun 2021. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

Hospital Sungai Buloh nafi kenakan caj urus jenazah

KUALA LUMPUR, 22 JULAI: Hospital Sungai Buloh menjelaskan bahawa Jabatan Forensik hospital itu hanya terlibat dalam mengendalikan urusan pengambilan jenazah dari wad sehingga tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah Covid-19 serta bukan Covid-19 sahaja.

Pengarah Hospital Sungai Buloh Dr Kuldip Kaur dalam kenyataan berkata pihak Jabatan Forensik tidak sama sekali terlibat dalam mengenakan caj kepada waris si mati.

“Kesemua waris perlulah berurusan sendiri dengan syarikat yang dipilih oleh waris bagi pengurusan pengebumian pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan menerusi satu mesej suara dalam aplikasi WhatsApp baru-baru ini mengenai caj pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang mencecah hingga RM9,000.

— BERNAMA


Pengarang :