AGENDANASIONAL

KKM pertimbang tukar status Hospital Shah Alam rawat kes Covid-19

SHAH ALAM, 7 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk menukar status Hospital Shah Alam bagi merawat kes Covid-19.

Ketua pengarah kesihatan berkata tindakan terbabit adalah beberapa langkah diambil dalam meningkatkan kapasiti merawat wabak di lapangan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kapasiti katil di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) juga ditambah untuk dijadikan sebagai pusat rawatan pesakit kategori empat dan lima.

Selain itu, menaik taraf kegunaan katil di wad biasa kepada katil rawatan pesakit kritikal dan menambah kapasiti katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Langkah lain yang dicadangkan menggunakan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai hospital Covid-19.

Jangkitan baharu di seluruh negara terus mengekalkan rekod 7,000 kes hari ini dengan 7,097 dan Selangor mencatat angka lebih 3,000 iaitu 3,119 kes.


Pengarang :