Mais mengagihkan bantuan kepada Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) di sekitar Petaling dan Sabak Bernam untuk disalur kepada individu memerlukan. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais agih bantuan kepada 418 keluarga di Sabak Bernam, Petaling

SHAH ALAM, 7 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan fidyah berjumlah RM41,800 bagi membantu 418 keluarga asnaf sekitar Sabak Bernam dan Petaling.

Sumbangan kepada golongan terkesan pandemik Covid-19 meliputi makanan asas seperti beras dan minyak masak bernilai RM100.

“Daripada 418 keluarga itu, seramai 314 keluarga di daerah Sabak Bernam dan 114 daerah Petaling.

“Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) di sekitar Petaling dan Sabak Bernam membantu Mais menyalurkan sumbangan terus kepada penerima yang dikenal pasti,” katanya.

Sementara itu, seorang ahli RSAFM, Haridan Yusoff berkata beliau bersyukur kerana bantuan yang diberi dapat disalurkan kepada ahli kariahnya di Batu 14, Puchong.

“Saya harap sumbangan ini dapat diteruskan untuk membantu mereka yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya yang juga Nazir Masjid Jamek, Batu 14, Puchong.


Pengarang :