Setiausaha MPKS, Mohamad Yusli Askandar dengan STDC diwakili pengurus pusat bertauliahnya, Norzilawati Md Said. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor
PBTSELANGOR

MPKS sumbang tujuh kenderaan kepada STDC untuk kegunaan pembelajaran

SHAH ALAM, 23 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menyumbang tujuh kenderaan kepada Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) untuk kegunaan pembelajaran.

Tujuh kenderaan itu termasuk lima motosikal, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah van diserahkan pada Khamis lalu.

“Kenderaan itu disumbangkan kepada STDC untuk digunakan oleh pensyarah dan pelajar dalam mempelajari bidang automotif khususnya teori dan praktikal secara langsung.

“Diharapkan pelajar dapat memperoleh pengalaman praktikal sama seperti keadaan sebenar dan dapat meningkatkan keyakinan dalam membaik pulih kenderaan,” maklum MPKS di Facebook.

Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh setiausaha MPKS, Mohamad Yusli Askandar dengan STDC diwakili pengurus pusat bertauliahnya, Norzilawati Md Said.


Pengarang :