V Ganabatirau (tengah) menyerahkan cek kepada wakil kuil sempena Majlis Penyampaian Peruntukan Rumah Ibadat Bukan islam fasa satu di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 2 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Semak penerima KISS, elak individu tidak layak terima manfaat

SHAH ALAM, 27 OGOS: Kerajaan Negeri menyemak semula senarai penerima Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi memastikan individu layak mendapat manfaat, kata EXCO kebajikan masyarakat.

V Ganabatirau berkata semakan semula senarai penerima bagi memastikan 25,000 kuota hanya diisi oleh individu yang memenuhi kriteria ditetapkan.

“Jumlah penerima KISS setakat 5 Ogos lalu adalah seramai 20,371 iaitu 19,368 penerima KISS manakala 1,363 penerima KISS Ibu Tunggal (KISS-IT),” katanya ketika ucapan penggulungan pada Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Ganabatirau berkata berhubung pengemaskinian maklumat ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) seperti nombor telefon hanya boleh dibuat di peringkat pejabat Pusat Khidmat DUN sahaja.

“Pengemaskinian maklumat selain nombor telefon perlu dibuat di peringkatYayasan Warisan Anak Selangor (Yawas)  bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan, penukaran maklumat tanpa pantauan, kecuaian kemasukan data dan lain-lain.

“Kemasukan dan pengemaskinian maklumat bagi ahli yang telah meninggal dunia perlu dibuat di peringkat Yawas bagi memastikan maklumat adalah benar dan tiada sebarang tuntutan dibuat secara berasingan oleh waris tanpa melalui pejabat DUN,” katanya.


Pengarang :