Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin kepada penerima ketika program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Sekolah Rendah Agama Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya pada 5 September 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Program vaksin bergerak di DUN Batu Tiga, Tanjung Sepat esok

SHAH ALAM, 12 SEPT: Program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak diteruskan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dan Tanjung Sepat esok.

Program bagi memastikan tiada rakyat negeri ini yang tercicir dari menerima pelalian seterusnya akan berada di DUN Hulu Bernam pada lusa.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata program selama seminggu itu bermula hari ini hingga 18 September depan dari 9 pagi hingga 5 petang melibatkan 11 DUN.

Program dimulakan di DUN Bandar Baru Klang diikuti Batu Tiga, Tanjung Sepat, Hulu Bernam, Gombak Setia, Bukit Antarabangsa, Batang Kali, Banting, Teratai, Dengkil dan Kampung Tunku.

“Bagi yang belum menerima vaksinasi anda dijemput hadir terus (walk-in) ke lokasi berdekatan untuk mendapatkan vaksin Covid-19 secara percuma,” katanya di Facebook.

Dr Siti Mariah berkata program bertujuan memastikan semua rakyat Selangor menerima pelalian itu menyasarkan 1,000 individu disuntik sehari.

Pada 24 Ogos beliau memaklumkan program itu akan menempatkan klinik bergerak di sesuatu lokasi berpandukan maklum balas jumlah individu belum divaksin.


Pengarang :