Muhammad Zubair Azizan (kanan) pada 2 September 2021 menyampaikan barang keperluan asas kepada waris pesakit dialisis yang maut akibat Covid-19. Foto Facebook Yide
AGENSISELANGOR

Yide bantu lima waris pesakit dialisis maut akibat Covid-19

SHAH ALAM, 3 SEPT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) semalam menyumbang sejumlah wang tunai dan barang keperluan asas kepada lima keluarga pesakit dialisis yang maut akibat Covid-19.

Pengurus operasi bahagian kebajikan dan publisitinya berkata sumbangan pelbagai pihak itu diserahkan kepada tiga waris yang tinggal di Klang manakala masing-masing satu di Tanjong Karang dan Sabak Bernam.

“Yide mengucapkan takziah kepada keluarga ini atas pemergian insan yang tersayang dan terima kasih semua penyumbang atas bantuan disalurkan,” kata Md Arifin Jaafar dalam kenyataan.

Beliau berkata yayasan tersebut mengalukan orang ramai menghulurkan sumbangan supaya lebih ramai kumpulan sasar dapat dibantu.

Menurutnya, proses itu boleh dibuat melalui platform digital https://yide.com.my/donations/infaq-dana-musibah/ atau pindahan wang dalam talian di akaun Bank Islam Yide (12234010007330).

“Setiap sumbangan layak mendapat pelepasan cukai di bawah subseksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1967 melalui resit rasmi Yide,” katanya.


Pengarang :