Orang ramai melakukan aktiviti riadah bersama keluarga di Pantai Morib, Banting selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran dalam fasa dua Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan pada 11 September 2021 . Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kadar jangkitan Covid-19 Malaysia naik kepada 0.88

SHAH ALAM, 25 OKT: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di negara ini meningkat kepada 0.88 hari ini, berbanding 0.87 yang direkodkan semalam.

Data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatat Rt tertinggi iaitu pada tahap 1.

Berikut negeri dan wilayah yang mencatatkan nilai Rt di bawah 1

Melaka (0.97)
Putrajaya (0.97)
Selangor (0.95)
Sabah (0.92)
Kedah (0.90)

Negeri dan wilayah yang mencatat Rt di bawah paras 0.90

Johor (0.88)
Kelantan (0.86)
Terengganu (0.86)
Pulau Pinang (0.83)
Pahang (0.82)
Perak (0.81)
Sarawak (0.81)
Perlis (0.81)
Labuan (tujuh kes)

Semalam, Malaysia merekodkan 5,666 kes baharu menjadikan keseluruhan kes positif di negara ini mencecah 2,431,716 kes.


Pengarang :