Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA7) Supt Azhari Nusi (tengah) menunjukkan cecair vape bernilai RM399,000 yang dirampas berdekatan pangkalan haram Syed Omar dekat Rantau Panjang, Pasir Mas pada 15 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kerajaan cadang duti eksais cecair nikotin, minuman bergula

SHAH ALAM, 29 OKT: Kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen berkata selain itu kerajaan juga bercadang meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kedua-dua cadangan itu untuk ke arah gaya hidup yang sihat.


Pengarang :