Petugas Kesihatan Selcare mengambil sampel ujian kit pantas antigen (RTK-Ag) ketika Saringan Komuniti percuma di Dewan Serbaguna MPAJ, Ampang pada 28 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes harian Covid-19 kembali lepasi paras 5,000

SHAH ALAM, 9 NOV: Jangkitan harian Covid-19 kembali meningkat dengan 5,403 kes dicatatkan hari ini berbanding 4,543 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Angka dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook itu menjadikan keseluruhan kes sejak pandemik bermula di negara ini sebanyak 2,516,255.


Pengarang :