Antara pengunjung IPC Shopping Centre yang menyertai program kitar semula anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 13 Nov 2021. Foto Facebook MBPJ
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

MBPJ anjur program kitar semula, galak orang ramai guna barang terpakai

SHAH ALAM, 14 NOV: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama IPC Shopping Centre menganjurkan program kitar semula selama empat hari sejak Khamis lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan program sempena Hari Kitar Semula Kebangsaan 2021 menggalak orang ramai mengitar semula barangan terpakai.

Petugas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Program Teach-in Upcycle daripada kain terpakai sesi 1 pada 13 Nov 2021. Foto Facebook MBPJ

“Semalam telah berlangsung Program Teach-in Upcycle daripada kain terpakai sesi 1.

“Hari ini merupakan hari terakhir sambutan dan jangan lepaskan peluang anda untuk bersama-sama menyertai dua program yang dianjurkan,” tulisnya di Facebook.

Antara aktiviti hari ini adalah Program Teach-in Upcycle daripada barangan kitar semula sesi 2 dari jam 11 pagi hingga 1 petang di aras dua pasaraya berkenaan.

Manakala “drop-off” barangan kitar semula boleh dibuat di IPC Recycling & Buy Back Centre di aras LG 1 berhadapan parkir khas wanita.

 

 


Pengarang :