Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan air bersih akan disalur semula kepada pengguna di 70 kawasan terjejas akibat henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Semenyeih 2 susulan banjir pada 19 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

LRA Semenyih 2 kembali operasi, air bersih disalur secara berperingkat

SHAH ALAM, 19 DIS: Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 yang dihenti tugas berikutan peningkatan paras air mula beroperasi jam 10 malam tadi.

Susulan perkembangan itu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi Facebook memaklumkan bekalan air bersih akan disalur semula kepada pengguna di 70 kawasan terjejas.

Petang tadi syarikat itu memaklumkan, LRA Semenyih 2 terpaksa dihenti tugas berikutan peningkatan paras air masuk ke rumah pam air mentah.

Sebanyak 70 kawasan di Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Peningkatan paras sungai akibat banjir semalam juga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dan LRA Cheras Batu 11 terpaksa dihenti tugas.

LRA Sungai Langat pula hanya menjana 40 peratus bekalan daripada pengeluaran harian.

Susulan itu, sebanyak 472 kawasan di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

 


Pengarang :