Selangorkini
EXCO Pelancongan Hee Loy Sian (kiri) menjawab soalan di Dewan Negeri Selangor pada 1 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCO SELANGOR

Negeri peruntuk RM150,000 pelihara hutan bakau

SHAH ALAM, 1 DIS: Program pemuliharaan dan pemeliharaan hutan bakau diteruskan tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM150,000 melalui bajet pembangunan negeri.

Dana itu digunakan bagi penanaman pokok bakau di Hutan Simpan Pulau Tonggak seluas dua hektar dan rawatan pokok bakau di Hutan Simpan Jugra, kata EXCO alam sekitar.

“Peruntukan juga bagi menyelenggara petak tanaman Rhu Pantai di Hutan Simpan Kapar Tambahan dan perolehan anak pokok bakau bagi penanaman oleh Jabatan Perhutanan Selangor,” kata Hee Loy Sian.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Sijangkang Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berhubung status program berkenaan dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Loy Sian yang juga Ahli Dewan Negeri Kajang memaklumkan kerajaan persekutuan turut menyalur peruntukan berjumlah RM82,050 bagi menjayakan program sama.

Jelasnya, dana terbabit untuk melaksanakan perkhidmatan membekal dan menanam anak benih pokok bakau serta kerja lain yang berkaitan.


Pengarang :