Selangorkini
Kakitangan LZS menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sri Makmur, Seri Gombak pada 3 Februari 2022. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSI SELANGOR

Mangsa kebakaran di Gombak terima bantuan Zakat Selangor

SHAH ALAM, 3 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni empat keluarga terlibat kebakaran di Kampung Sri Makmur, Seri Gombak dekat sini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan semua keluarga tersebut turut menerima sumbangan kecemasan bagi meringankan beban.

“Baki bantuan akan disalurkan setelah Zakat Selangor menerima dokumen yang lengkap daripada mereka.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba. Semoga mereka diberi kesabaran dan ketabahan atas ujian ini serta dimudahkan segala urusan,”katanya.

LZS turut mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat dan sudah disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada 28 Januari lepas melibatkan empat buah rumah.


Pengarang :