Selangorkini
EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berucap pada Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor (SERVE) 2022 di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK, Shah Alam pada 6 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMA EXCO PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

Selangor jadi platform sukarelawan, bantu lebih ramai masyarakat

SHAH ALAM, 7 FEB: Kerajaan Selangor mahu menjadikan negeri ini sebagai platform sukarelawan bagi membantu lebih ramai masyarakat, kata EXCO pembangunan generasi muda.

Berikutan itu, Mohd Khairuddin Othman berkata pihaknya bercadang menubuhkan pasukan sukarelawan mengikut bidang tertentu sebagai langkah menarik lebih ramai ahli.

“Contohnya wujudkan sukarelawan muzik. Kita pusing setiap daerah untuk cari bakat baharu. Kita tubuhkan beberapa lagi supaya ramai minat,” katanya ketika berucap di Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor di Dewan Jubli Perak semalam.

Majlis dirasmikan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena merai lebih 700 ahli Sukarelawan Selangor (SERVE) yang terlibat kerja pascabanjir.

Selain SERVE, Selangor turut memiliki satu lagi pasukan sukarelawan, Team Selangor yang aktif membantu masyarakat berdepan kesusahan seperti banjir dan terputus bekalan air.


Pengarang :