Pemakluman mengenai status bekalan air di Gombak dan Kuala Lumpur. Foto Facebook Air Selangor
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Bekalan air di Gombak, Kuala Lumpur dijangka pulih 6 petang ini

SHAH ALAM, 31 MAC: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan pemulihan bekalan air di 144 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur dijangka siap sepenuhnya pada jam 6 petang ini.

“Pemulihan bekalan air di kawasan terjejas sudah mencapai tahap 98 peratus dan bekalan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 petang hari ini.

“Air Selangor ingin menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Air Selangor berharap agar pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Terdahulu, Air Selangor berkata, kerja pembaikan injap bocor di Warta Lama, Jalan Kuching yang menjejaskan 144 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur siap dilaksanakan jam 2 pagi tadi.

Katanya, pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

 

 

 


Pengarang :